المقدِّمة

MUQADDIMAH

بسم اللــه الرحمــن الــرحيم


Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam dengan kebesaran-Nya. Yang juga menciptakan malam dan siang, kehidupan dan kematian, permulaan dan pengakhiran dan menjadikan segala yang ghaib dan syahadah. Dia jugalah yang mentadbir setiap sudut alam dunia dan akhirat dengan sebaik-baik pentadbiran dan Dialah yang memberi hidayah kepada makhluknya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini dalam landasan Islam yang haq untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sejati serta sebagai seorang hamba yang patuh atas suruhan tuhan.

Di dalam kehidupan, manusia sentiasa mengejar kedamaian dan ketenangan untuk memuaskan hati dan diri mereka sama ada ketenangan tersebut selari dengan jalan yang direstui Allah ataupun tidak. Mengharungi arus dunia yang penuh pancaroba ini amatlah sukar bagi mereka yang benar-benar mencari redha-Nya. Sebagai seorang mukmin, kita perlulah mengisi jiwa kita dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah agar tidak menyimpang dari jalan-Nya.

Lantas dipilih Rasulullah S.A.W. sebagai utusan terakhir yang membawa wahyu terindah buat umatnya iaitu al-Quranul Karim. Bukan sekadar sebuah kitab yang disusun rapi isinya dan diganjarkan pahala kepada pembacanya, bahkan Kalam Allah ini berkekalan dan tidak ada yang mampu mencacat-celakan mahupun mengubahnya walaupun satu ayat sehingga Hari Akhirat.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada umat manusia dan seluruh isi alam ini ke jalan yang benar. Keistimewaan yang tiada tandingannya yang Allah berikan kepada manusia iaitu menerima wahyu al-quran ini dan tidak diberikan kepada makhluk yang lain. "Jikalau kami turunkan al-Quran ini ke atas gunung ganang, nescaya kamu akan lihat gunung-ganang itu rebah dan terbelah kerana takutkan Allah". Demikian dalil yang membuktikan kelebihan manusia sebagai khalifah di Bumi ini.

Al-Quran telah menggambarkan keperibadian seorang manusia yang terhebat di muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan kehebatan Rasulullah diakui oleh semua bangsa dan agama di dunia. Maka sesiapa yang percaya dengan keagungannya, mengikuti ajarannya, mentaati hukum-hakamnya, beramal dengan kandungannya maka dia layak mengikuti jejak langkah Rasulullah sebagai manusia teragung di bumi ini.

Semoga kita semua beroleh keredhaan Allah dari keberkatan Al-Quran. Semoga Al-Quran juga memberi kita petunjuk dalam mencari jalan menuju kepada keredhaan Allah. Amin…

::Objektif:: ::Penghargaan::

Pertamanya bersyukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dapat dibina tapak blog Resam al-Quran Kumpulan 1 ini. Blog Resam al-Quran Kumpulan 1 ini dibangunkan atas beberapa dasar dan sebab yang insya-Allah memanfaatkan semua para pembaca. Semoga apa yang disampaikan menjadi medium untuk meluaskan bidang ilmu kita sebagai seorang daie di muka bumi Allah ini.

Ditubuhkan organisasi dalam madah Resam al-Quran kumpulan 1, Kulliyyah al-Quran Kolej Universiti Insaniah untuk membina sebuah blog yang akan membahaskan dan memperjelaskan isi kandungan kitab 'Syarah Talkhis al-Fawaid Wa Taqrib al-Mutaba'id' karangan Abi al-Baqa' Ali bin Uthman bin Muhammad bin al-Qasih. Kitab ini mengandungkan bait-bait syair yang diungkap oleh al-Imam Abi Muhammad Qasim bin Firah bin Khalaf bin Ahmad as-Syatibi Rahimahullah yang menjadi matan kepada ilmu resam (penulisan) al-Quran.

Sesungguhnya syair-syair yang diungkapkan oleh beliau amatlah indah dan penuh dengan makna-makna tersirat menggambarkan bahawa betapa tinnginya ilmu beliau dalam mengkaji dan mendalami ilmu resam al-Quran. Selain daripada resam al-Quran, beliau juga pakar dalam bidang qiraat (Qiraat as-Syatibi) dan beliau jugalah yang mengungkapkan matan-matan qiraat dalam bentuk syair. Lalu syair-syair beliau dibahaskan dalam kitab-kitab terkini menjadikannya lebih mudah difahami.

Dianggotai oleh 11 orang pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat, KUIN (lihat senarai ahli kumpulan), kami dengan usaha dan kudrat yang ada sedaya upaya membuat sebuah ringkasan dari kitab Syarah Talkhis al-Fawaid Wa Taqrib al-Mutaba'id untuk menyempurnakan kerja khusus yang telah diamanahkan oleh muallim madah Resam al-Quran kami, Ustaz Mohamad Zaki Abdul Hamid. Segala tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan blog ini amatkah kami hargai dengan jutaan terima kasih. Juga kepada sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah dan juga individu-individu lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian.

باب الإثبات والحذف وغيرهما مرتبا على السور من البقرة إلى الأعراف


=  بِالصّادِ كلُّ صِرَاطِ والصِّرَاطِ وقلْ     بِالحَذْفِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ مُقْتَصِر=
= Kalimah = صراط.
* Mushaf  = Semua mushaf ditulis dengan huruf (ص).
* Contoh = 1 : صرا ط ربك
                = 2 : وصراطا مستقيما
                = 3 : صراط الله

= Kalimah =   مالك
*Mushaf  = Sepakat semua mushaf dengan tanpa alif ( ا )
*Pendapat = Memendekkan atas kalimah ini dikaitkan
                     dengan يوم الدين 
*Contoh =  مَلك يوم الدين.




= واحْذِفْهُمَا بَعْدُ فى ادَّرَأْتُم ومسا     كِينَ هُنَا ومعًا يُخَدِعُونَ جَرَى=

=Kalimah = فا دار أتم
*Cara penulisan = ditulis dengan tiga alif ( ا )
                            = Yang pertama : kekalkan alif.
                            = Yang kedua dan ketiga : buang alif.
                            = ومساكِينَ pada surah al baqaroh ( البقرة)                                                 
                              dihimpunkan atas buang huruf alif.

=Kalimah = يخادعون
*Cara penulisan = di buang alif ( ا )
*Pendapat = Telah berkata Abu Amru Ad-Dani dalam
                      kitab (المُقْنِع) pada tajuk (الإنفاق) :
                        -Ditulis pada kalimah (يخادعون) dengan tanpa
                          huruf alif (ا).
                   =Telah berkata جرى : dengan buang huruf alif ( ا )
*Contoh = 1- يخادعون الله والذين آمنوا وما يخادعون إلا أنفسهم.
                   2- إنّ المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم.
:
.

= وَقَاتِلُوهُمْ وأَفْعَال القِتَالِ بهَا     ثَلَاثَةٌ قَبْلَهُ تَبْدُوَ لِمَنْ نَظَر=

=Kalimah = قاتلوهُم.
*Cara penulisan = Dibuang huruf alif  (ا) pada أفعال القتال :
                               -Pertama : dijazamkan (dimatikan).
                               -Kedua : di nasabkankan (berbaris diatas).                    
                               -Ketiga : atas lafaz yang lepas (الماضى)
                                               ditulis semuanya dengan tanpa
                                               huruf alif ( ا ).
*Pendapat = قوله  تبدو لمن نظرا : buang alif ( ا ) dalam penulisan.

     


= هُنَا وَيَبْصُط مَعْ مُصَيْطِر وَكَذَا     المُصَيْطِرُونَ بصاد مُبْدَلِ سُطِر =

= Kalimah = ويبصط ‘ المصيطرون ‘ بمصيطر.
*Penulisan = ditulis dengan huruf shod (ص) pada semua
                       tulisan.
*Pendapat = Telah berkata disini : dalam surah al-baqarah :
                      Sesungguhnya pada selain al-baqarah dengan
                      huruf sin (س) pada kalimah (يبسط الرزق لمن يشاء).
                   = Ditulis dengan huruf shod (ص) pada selainnya
                      dengan huruf sin (س) himpun diantara dua
                      bahasa.
                    = Huruf shod (ص) yang di tukar : Tukar daripada
                       huruf  sin (س),kerana asal semua kalimah
                       huruf sin(س).
*Contoh = 1 : يقبض ويبصط
                  2 : أم هم المصيطرون
                  3 : لست عليهم بمصيطر
                     
   



= وَفى الإمَامِ اهْبِطوا مِصْرًا بِهِ أَلِف     وقلْ ومِيكَالَ فِيهَا حذْفُها المَهَرا =

= Kalimah =  مصرااهبطوا
*Penulisan = ditulis huruf alif ( ا ) pada al-imam  (الإمام)
                      mushaf  uthmani.

= Kalimah =  (ميكال)
*Penulisan = Buang huruf alif (ا) dan ditulis pada tempatnya
                       huruf ya (ي) dengan mushaf imam juga.
*Pendapat = (الإمام)   disini ialah mashaf uthmani r.a.
                  =Rawi Abu Abdul Qasim bin Salam : Telah
                    Berkata : aku melihat pada (الإمام) mushaf
                    uthmani R.A. dalam surah al-baqarah (البقرة)
                    pada kalimah ( مصراًاهبطوا ( dengan huruf alif (ا)





ونَافِعٌ حَيْثً واعَدْنَا خَطِيئَتُهُ     والصّعْقَة الرِّيحُ تَفْدُوهُمْ هُنَا اعْتُبِرا= =  

= Kalimah = واعَدْنَا , خَطِيئَتُهُ , والصّعْقَة , الرِّيحُ , تَفْدُوهُمْ.
*Pendapat = Rawi Nafi’ : Tidak ditulis huruf alif (ا)
*Contoh = 1 :  dalam البقرة  ( وعدنا موسىوإذ )
                         dalamالأعراف  (وعدنا موسى)
                         dalam طه (وعدناكم جانب الطور)
                  2 :به خطيئته  وأحاطت
                  3 :الصعقة  فأخذتكم
                  4 :تصريف الريح
                  5 :  تفدرهم أسارى




مَعًا دِفَاع رِهَانٌ معْ مُضَاعفةٌ     وعَاهَدُوا وهُنَا تَشَابِهِ اخْتصِرا= =

= Kalimah = دِفَاع , رِهَانٌ , مُضَاعفةٌ , عَاهَدُوا , تَشَابِهِ
* Penulisan = Sepakat semua menulis atas buang huruf alif (ا)
                      pada semua kalimah yang disebut dalam bait ini.
*Pendapat = Rawahu Abu Amru Ad-dani dengan sanatnya
                     dari Qalun dari Nafi’.
*Contohnya = 1 :- dalam البقرة
                       ( دفاع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ولولا )
                           -dalam الحج
                      (دفاع الله الناس بعضهم ببعض هدمت صوامع ولولا)
                        2 : مقبوضة فرهان
                        3 : لا تأكلوا الربى أضعافا مضاعفة
                        4 :  عاهدوا عهداأوكلما
                        5 : ن البقر تشابه عليناإ

                                                                               


           
 يُضَاعِف الخلْف فِيهِ كيْفَ جا وكِتَا     بِهِ ونَافِعُ في التَّحْريم ذَاك أَرى ==

= Kalimah = يُضَاعِف
*Penulisan = Berlainan pendapat pada tulisan mushaf-mushaf
*Contoh = dalam لبقرةا  (يضاعف لمن يشاءو)
                   dalam هود (يضاعف لهمو)
                   dalam الحديد (يضاعف لهمو)

= Kalimah = كتابه  , كتبه
*Penulisan = Setengah mushaf ditulis dengan huruf alif (ا)
                      dan setengah mushaf di buang huruf alif (ا).
*Pendapat = Telah memindah Nafi’ buang huruf alif (ا)
                      dalam surah التحريم  dan bukan baginya
                      pertentangan.
                   = نافع فى النحريم ذاك أرىو  : Nafi’ membuang huruf
                       alif (ا) dari kalimah وكتابه .
                   = Telah meriwayatkan menunjukkan kekal
                       hamzah pada awalnya.
          



 =والحَذْفُ فى يَاءِ إِبْراهِيم قِيلَ هُنَا     شَامٍ عِراقٍ ونِعْم العِرْق مَا انْتشرَا =

= Kalimah = إ إِبْراهِيم
*Penulisan = Dibuang huruf  ya (ي) dari kalimah إِبْراهِيم
*Mashaf = As-shami (لشامى ا) , Al-kufi (لكوفى ا) ,
                   Al-basri (البصرى) dibuang huruf  (ا) dalam
                   Semua surah al-baqarah (البقرة) ada 15 tempat.
                = Al-madani (المدنى ) , Al-makki (المكى ) ,
                   Al-imam (الإمام  ) dikekalkan huruf ya (ي) pada
                   penulisan.
*Pendapat = Semua sepakat dikaitkan dengan buang
                      huruf ya (ي) dikecualikan daripada huruf alif (ا)
                      dibuangkan daripada semua al-quran.
                  = Telah berkata Nasir : ditulis huruf ya (ي) pada
                     semua al-quran.
                  = Telah berkata Al-iraq (العراق) : berhajat
                     dengannya Al-kufi (لكوفى ا) , Al-basri (البصرى)
                     kerana Al-iraq (العراق)   melengkapi
                     Al-kufah (الكوفة) dan Al-basrah (البصرة).




= أَوْصى الإمامُ مَعَ الشَّامِى والمَد نِى     شَام وقالوا بِحَذْفِ الواوِ قَبْل يُرَى =

= Kalimah = أَوْصى
*Penulisan = Dalam mushaf Al-imam (الإمام  )
                      mushaf Uthmani R.A (عثمانى)
                      yang diriwayatkan Abu A’bid,
                      dalam mushaf Al-madani (المدنى)
                      dan As-shami (الشامى ) diletakkan
                      huruf hamzah (أ) diantara dua huruf waw (و).
                     bagi mushaf yang lain dengan dua huruf waw (و)
                     tidak diletakkan huruf  hamzah (أ).
*Contoh = ووصى بها إبراهيم بنيه ويعقوب ))

= Kalimah = وقالوا
*Penulisan = Dalam mushaf  (الشام ) dibuangkan huruf
                       waw (و) yang sebelum huruf qaf (ق).
*Pendapat = Terkecuali daripada huruf waw (و) yang
                     selepas huruf lam (ل).
*Contoh =قالوا اتخذ الله ولدا سبحانه  و




= يُقَاتِلونَ الَّذين الحَذْفُ  مُخْلَفٌ     فِيهِ معًا طائِرًا عنْ نافِعِ وقرا =

= Kalimah = الَّذين يُقَاتِلونَ
*Penulisan = Mashaf As-shami (الشامى ) dibuang huruf ya (ي)
                      dan  pada mushaf Al-madani (المدنى ) dimatikan
                      huruf ya (ي).
 *Pendapat = Dalam surah Al-imran (العمران ) setengah
                       mushaf diletakan huruf alif (ا) selepas
                       huruf qaf (ق) dan setengah mushaf lagi
                       buangkan huruf alif (ا).
*Contoh = ويقاتلون الذين يأمرون بالقسط

= Kalimah = طا ئرا
*Penulisan = Riwayat Nafi’ (نافع) dibuang huruf alif (ا)
Pada mushaf Al-madani (المدني) sepertimana mushaf-mushaf yang lain.
*Pendapat = وقرا : buang huruf alif (ا) keduanya
                              Adalah alif dhomir الكلمتين atau للاطلاق.
*Contoh = فيكون طائرا



= وَقَاتِلوا وثُلَاثَ معْ رُباعَ كِتَا     بُ اللهِ مَعْهُ ضِعَافًا عاقدتْ حَصرَا =

= Kalimah = وقاتلوا ,ورباع  وثلاث  , كتاب  , ضعافا  , عاقدت .
*Penulisan = Riwayat Nafi’  (نافع) dibuangkan huruf alif (ا)
                      pada semua kalimah diatas.
*Pendapat = حصرا : iaitu حصرنافع  dibuang huruf alif (ا)
                     dalam mashaf madani (المدنى)
*Contoh = 1 : وأوذوا فى سبيل وقاتلوا
                   2 : dalam النساء
                       (فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث ورباع)
                      : dalam الفاطر  ( وثلاث ورباع مثنى (
                   3 :الله عليكم  كتاب
                   4 : ذرية ضعافا
                   5  : والذين عاقدت أيمانكم





= مُراغَمًا قاتلوا لامستم بٍهمَا     حَرْفَا السَّلَامِ رِسَالاَتِهِ مَعًا أثَرَا =

= Kalimah = مُراغَمًا , قاتلوا , لامستم , السَّلَامِ , رِسَالاَتِهِ
*Penulisan = Riwayat Nafi’  (نافع) dibuangkan huruf alif (ا)
                      pada semua kalimah diatas.
                   = Kalimah السَّلَام semuanya dibuangkan huruf
                       alif (ا) seperti yang asal سلم.
                   = Huruf alif ( ا ) pada kalimah رسالاته  yang
                      kedua bagi jamak ( جمع ) selepas huruf lam (ل).
                   = Diriwayatkan pada bait kalimah رسالته
                       dimatikan huruf ha ( ه ).
*Pendapat =  أثرامعا : Sebelum maknanya dan didalamnya ada
                                  domir (kata ganti nama) yang tidak
                                  disebutkan itu menunjuk keatas
                                  Nafi’ (نافع).
*Contoh = 1 : كثيرا وسعة مراغما
                   2 : وفلقاتلوكم
                   3 :  النساءاولمستم
                   4 :  السلامسبل
                   5 :  رسالاتهويجل


= وبا لِغَ الكَعْبةِ احْفَظْهُ وقلْ فِيما     والأَوْنَيان وأكَّالونَ قَدْ ذَكَرَا =

= Kalimah = وبا لِغَ الكَعْبةِ
*Penulisan = Pada kalimah  الكعبةبالغ ditulis dengan tiada
                      huruf alif ( ا ).
*Pendapat = الأوليان : Telah meminta kebenaran kepada
                                      mereka الأوليان ditulis dengan tiada
                                      huruf alif ( ا ) selepasnya,dan
                                      diriwayat النظم  atas lafaz yang kedua.
*Contoh =  بالغ الكعبةهديا

= Kalimah = أكالون
*Penulisan = Pada kalimah أكالون ditulis dengan tiada
                       huruf alif ( ا ) selepas huruf kaf (ك ).
*Pendapat = Telah menyebut Nafi’ (نافع) buang huruf alif (ا)
                      daripada apa yang terdahulu.
                   = Diriwayatkan Nafi’ (نافع) dengan buang
                      huruf alif (ا) seperti dalam mushaf Al-madani
                     (المدنى) seperti baki penulisan.
*Contoh = أكالون للسحت



= وقلْ مساكِين عنْ خُلْفٍ وهُود بِهَا     وذِى وَيُونسَ الأُولى سَاحِرٌ خبِرا =

= Kalimah = مساكين
*Penulisan = Ada dua pendapat padanya :-
                       -Diriwayatkan setengah mashaf dengan
                        huruf alif (ا).
                       -Setengah mushaf lagi dengan
                        buang huruf alif (ا).
*Contoh =طاعم مساكين  كفارة

=  Kalimah = ساحر
*Penulisan = Dalam surah الهود ada tiga tempat,berlaian
                      pendapat pada kekalkan huruf alif (ا) dan
                      buang huruf alif (ا) dalam penulisan.
*Contoh =1: dalam المائدة
                     كفرو منهم إن هذا إلا سحر  الذين
                      dalam يونس
    قال الكافرون إن هذا السحر                     
                      dalam الهود
                      إن هذا إلا سحر مبين




= وسَارِعوا الوَاوُ مكِّيًّ عِراقِيَّةٌ     وَبَا وَبِالزُّبُرِ الشَامِى فَشَا خَبَرا =
= وبالكِتَابِ وَقَدْ جَاءَ الخِلاف به     ورسْمُ شَامٌ قَليلا مِنْهمُ كثيرا =

= Kalimah = وسارعوا
*Penulisan = Dalam surah Al-imran (العمران) mushaf
                      Al-makki (المكى) , Al-kufi (الكوفى) ,
                      Al-basri (البصرى) ditulis dengan huruf
                      waw (و) العطف  (sandaran).
                    = Dalam mushaf Al-madani (المدنى) ,
                       Al-shami (الشامى) tidak ditulis dengan huruf
                       waw (و) العطف  (sandaran).
*Contoh =إلى مغفرة  وسارعوا



= Kalimah = بالزبر  ,  وبالكتاب
*Penulisan = Pada kalimah بالزبر ditulis dengan huruf 
                      ba (ب) الجر (huruf jar) dalam mashaf
                      Al-shami (الشامى).
                   = Pada kalimah,  وبالكتاب ditulis dengan huruf 
                      ba (ب) الجر (huruf jar) dalam mashaf
                      Al-shamiah( الشامية).
                  = Pada setengah mushaf lagi tidak ditulis dengan   
                     huruf  ba (ب) الجر (huruf jar).
                  = Padanya ada lima mushaf.
*Contoh = جاءوا بالبينات وبالزبر

= Kalimah = قليلا
*Penulisan = Pada mushaf  Al-shami (الشامى) ditulis dengan
                       huruf alif (ا).
                    = Baki mushaf yang lima tidak ditulis dengan
                       huruf alif (ا).
*Contoh =فعلواه إلا قليلا  ما





ورسم والجار ذا القربى بطاءفة      من العراق عن الفراء قد ندرا
=kalimah والجار ذا القربى
Penulisan=dikatakan di sini banyak pendapat mushaf iraq menulis dengan alif(ذا) .
Dan sesetengah mushaf iraq pula berpendapat dalam suroh al nisa menulis dengan yalif syaz { والجار ذا القربى}
=kalimah= قد ندرا
*penulisan=memindahkan huruf (ا) dengan huruf (ى)
*pendapat=abu amru al dani berkata
:tidak ada dalam mushaf kami menulis dengan huruf (ى). Imam ini menulis قد ندرا
=dan penulis yang lain menulis dengan (ى)



مع الأمام وشام يرتدد مدنى      وقبله ويقول بالعراق يرى
=kalimah= يرتدد
*penulisan=telah berkata di sini dalam suroh al maidah { يايها الذين آمنوا من يرتدد} pada imam dan mushaf al sham dan madinah dengan meletakkan dua dal (د)
Dan baki mushaf pula menulis dengan satu dal (د)
=kalimah= ويقول
*penulisan=mushaf Iraq berpendapat ayat sebelum يرتدد dalam suroh al maidah mengisbat wau (و
Baki mushaf yang lain membuang wau (و)



وبالغداة معا بالواو كلهم وقل معا فارقوا بالحذف قد عمرا

=kalimah= وبالغداة
*penulisan=kalimah وبالغداة surah al anam dan al kahfi semua mashaf
=kalimah= فارقوا
*penulisan=pada semua mushaf bersepakat menulis wau (و)
=pada riwayat al nazom dengan alif { ان الذين فرقوا دينهم} dan ditulis alif selepas ف   dalam suroh al anam dan al rum



وقل ولأ طاءر بالحزف نافعهم      ومع اكابر ذرياتهم نشرا

=kalimah= ولأ طاءر
*penulisan=menurut imam nafi’ dalam suroh al anam dia membuang alif

=kalimah= ذرياتهم
*penulisan=imam nafi’ menulis alif pada ayat { ومن اباءهم وذرياتهم }
Dan juga pada ayat { في كل قرية اكابر مجرميها}



وفالق الحب عن خلف وجاعل والكوفي انجيتنا في تاءه اختصرا

=kalimah= وفالق
*penulisan=dikatakan bahawa mushaf bercanggah pendapat pada surah al anam
Mushaf terdahulu menulis dengan alif { ان الله فالق الحب والنوى }
Dan mushaf yang selepasnya menulis tanpa alif {فلق الحب } dan juga pada ayat