وحيث ما فاقطعوا فأينما فصلوا ومثله أينما فى النحل مشتهرا
والخلف فى سورة الأحزاب والشعرا وفى النساء يقل ااوصل معتمرا
Syarah : berkata Abu Amru : dalam surah Al-Baqarah (حيث ما كنتم) ditulis dengan terputus bagi semua mashaf.
· Berkata Abu Amru : Muhammad Bin Isa telah berkata : أينما ditulis secara bersambung ada 3 tempat. Dalam surah Al-Baqarah (فأينما تولوا فم وجه الله) , surah An-Nahl (أينما يوجهه) , surah An-Nisa’ (أينما تكونوا يدركم الموت) , surah Al-Ahzab (أينما ثقفوا).
· Al Harraz telah berkata : أينما yang ditulis secara bersambung ada 4 tempat. Ianya disebut di dalam surah Al-Baqarah , surah An-Nahl , surah As-Syua’ra’ dan surah Al-Ahzab. Di dalam surah An-Nisa’ tidak ditulis secara bersambung kerana Al Harraz , Muhammad Bin Isa dan selainnya tidak menulis dengan bersambung.