::Objektif:: ::Penghargaan::

Pertamanya bersyukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dapat dibina tapak blog Resam al-Quran Kumpulan 1 ini. Blog Resam al-Quran Kumpulan 1 ini dibangunkan atas beberapa dasar dan sebab yang insya-Allah memanfaatkan semua para pembaca. Semoga apa yang disampaikan menjadi medium untuk meluaskan bidang ilmu kita sebagai seorang daie di muka bumi Allah ini.

Ditubuhkan organisasi dalam madah Resam al-Quran kumpulan 1, Kulliyyah al-Quran Kolej Universiti Insaniah untuk membina sebuah blog yang akan membahaskan dan memperjelaskan isi kandungan kitab 'Syarah Talkhis al-Fawaid Wa Taqrib al-Mutaba'id' karangan Abi al-Baqa' Ali bin Uthman bin Muhammad bin al-Qasih. Kitab ini mengandungkan bait-bait syair yang diungkap oleh al-Imam Abi Muhammad Qasim bin Firah bin Khalaf bin Ahmad as-Syatibi Rahimahullah yang menjadi matan kepada ilmu resam (penulisan) al-Quran.

Sesungguhnya syair-syair yang diungkapkan oleh beliau amatlah indah dan penuh dengan makna-makna tersirat menggambarkan bahawa betapa tinnginya ilmu beliau dalam mengkaji dan mendalami ilmu resam al-Quran. Selain daripada resam al-Quran, beliau juga pakar dalam bidang qiraat (Qiraat as-Syatibi) dan beliau jugalah yang mengungkapkan matan-matan qiraat dalam bentuk syair. Lalu syair-syair beliau dibahaskan dalam kitab-kitab terkini menjadikannya lebih mudah difahami.

Dianggotai oleh 11 orang pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat, KUIN (lihat senarai ahli kumpulan), kami dengan usaha dan kudrat yang ada sedaya upaya membuat sebuah ringkasan dari kitab Syarah Talkhis al-Fawaid Wa Taqrib al-Mutaba'id untuk menyempurnakan kerja khusus yang telah diamanahkan oleh muallim madah Resam al-Quran kami, Ustaz Mohamad Zaki Abdul Hamid. Segala tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan blog ini amatkah kami hargai dengan jutaan terima kasih. Juga kepada sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah dan juga individu-individu lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian.